Alhamdulillah..sedar tak sedar aq sudah di tahun tiga dalm pengajian q di menara gading..macam-macam perasaan yang timbul dalam diri aq..takut,seram,gembira,sedih dan seumpanya..actually bukan yang ni aq mau kongsi tp hidup aq sebagai "perantau"..selama 2 tahun lebih aq di tempat orang selama itu juga aq merasai hidup beraya haji di tempat orang dan kadang-kadang tak rasa pun suasana raya tu sendiri..sekarang baru aq sedar macam mana hidup seseorang yang tinggal di luar negara terpaksa berjauhan dari keluarga..tak penah sekali pun balik..aq ni kira beruntung juga sebab dapat balik dan masih di Malaysia..sebab tu aq tak patut mengeluh hanya kerana tak dapat balik setiap kali raya korban..sebab ada insan yang lebih teruk lagi dari x penah balik langsung..dan x semua orang dapat rasa apa yang macam aq akan rasa..suatu pengalaman yang mungkin tak dapat lagi dilalui satu hari nanti..kerana kesuntukan waktu cuti dan meminimumkan kos...suatu pengorbanan harus dilakukan...itu pun kira aq beraya korbankn..hehehe buat kawan-kawan senasib atau yang lebih teruk dari q...jangan bersedih sebab tak dapat balik..mungkin satu hari nanti kita akan dapat lebih dari apa yang kita korbankan sekarang...insyaALLAH..Aamiinnn..anyway, dikesempatan ini..aq nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..buat keluarga tercinta di Sabah...dan rakan-rakan semua...semoga ALLAH memberkati pengorbanan kita..wassalam..
WELCOME
Wednesday, 24 October 2012
aq seorang perantau...
Aku mulakan coretan q dengan kalimah suci al-Quran "Bismillahirrahmanirahim.."
Sunday, 14 October 2012
cerita buatan manusia
bermulanya kisah ini bila aq melihat sebuah cerita "buatan manusia"..apa itu cerita buatan manusia? cerita yang dibuat buat ka o cerita yang datang dari mulut orang?huhu nope...actually it is a movie.. mungkin ramai orang suka tengok movie..begitu juga aq..suatu ketika aq nonton sebuah drama "korea" (maklumlah musim k-pop..hihi)..terdetik hati aq untk mengulas sedikit kisah itu..menarik dan sangat banyak pengisian...mungkin benar itu cuma kisah yang dibuat oleh seorang insan yang mungkin tidak pernah mengalaminya atau mungkin melaluinya sendiri..namun yang pasti dalam dunia hak Allah ini pasti terdapat golongan seperti ini..satu kata yang mampu aq sebut "ALHAMDULILLAH". sejauh mana susahnya dugaan yang Tuhan beri kepada kita,yakinlah yang dalam dunia ini pasti ada yang lebih teruk dari itu..balik kepada drama tadi..aq melihat dari sudut pengisian or "moral of the story". bagaimana seorang insan yang mampu berjaya mengharungi hidup dan mengapai kejayaan tanpa kehidupan yang sempurna seperti orang lain. dia hidup dengan pengalaman lalu. dia hidup dengan kenangan lalu sehingga wang ringgit bukan lagi masalah. dia hidup dengan mengharungi pelbagai dugaan hidup. sehingga kan dia tidak pernah sekali pun melalui "makan malam yang sempurna" seperti orang lain..tapi kita? masih mengeluh bila makan malam x mengikut kemahuan kita..kejayaan dia gapai namun masih tidak sombong..masih tidak bermegah-megah dengan harta yang dia miliki. scene yang paling aq terkilan dan sedih bila dia menangis...yup..dia seorang lelaki..lelaki yang penuh keegoan dalam diri..dia menangis teresak-esak seperti menangis seorang anak kecil..dia menagis dan mengeluarkan semua perasaan sakit yang dia simpan sendiri selama ini. orang hina dia, orang caci maki dia, orang tuduh dia mencuri, orang tuduh dia membunuh, orang pandang rendah pd dia,dia ditipu,tidak beribubapa,sendiri...dia keluarkan semunya..dia menangis sekuatnya..tanpa rasa malu lagi..menitis air mata ini melihat kuatnya dia selama ini..besarnya dugaan yang diberi walau itu cuma "cerita buatan manusia".
moral of the story:
1> dugaan yang kita alami cuma kecil berbanding orang lain.
2> jangan sombong bila sudah senang.
3> bersyukurlah...
Saturday, 6 October 2012
SETITIS AIR MATA...
KENAPA kau jatuh saat saat begini?
KENAPA kau mengalir tanpa aq sedari?
KENAPA kau muncul tanpa aq pinta?
kerana hati q benar benar terguris..
benar benar disakiti..
benar kecewa...
aq mencari jawapan atas suatu persoalan...
aq meneroka tanpa peduli apa org nak kata..
sedikit pun aq x kisah...
KERANA aq ingin tahu kebenarannya...
KERANA aq tak mahu terus begini...
KERANA aq PERLU kamu...
Friday, 8 June 2012
bertuahnya dia...
Ya Allah..bertuahnya dia...Kau kurniakn segalanya yang semua wanita idam-idamkan buat dirinya...Kau kurniakan dia dengan wajah yang cantik...Kau kurniakan dia dengan kebijaksanaan sehingga dia mampu mencapai ke menara gading dan berjaya menjejakkan kaki ke negara orang buat menuntut ilmu...Kau kurniakan dia keimanan yang tak semua orang miliki...Kau kurniakan dia dengan suami yang baik dan berjaya...beruntungnya dia...pastinya ramai wanita dalam dunia ini cemburukn dia termasuklah aku...sangat cemburu... tapi cemburu ke arah kebaikan yang menjadi pendorong dan semangat untuk menjadi sepertinya walaupun aku tahu aku tak layak... erm...
dia diuji oleh-Mu dengan kebahagiaan..
tak semua orang mampu lalui..beruntungnya dia...setiap makhluk Tuhan di dunia ini diuji dengan pelbagai bentuk ujian dan sejauh mana kita mampu lalui? tepuk dada tanya iman.. namun, aku cemburu dengannya bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan untukku..
Alhamdulillah...
aku bersyukur kerana aku mungkin lebih baik dari orang lain...muhasabah buat diriku...menyedarkan aku yang aku sangat beruntung...cuma untuk meningkatkan diri aku melihat yang lebih baik dariku...mungkin dia memang layak buat itu...aku?? hanya mampu berdoa agar mendapat yang terbaik buat diriku kerana aku sangat yakin Allah pasti memberikan yang terbaik buatku..aamiin...
~MIZZVINA~
Thursday, 7 June 2012
Air TERJUN ?????
beautiful isn't it????hehe my friends and i like this place so much...tp dukacita dimaklumkan....aq lupa nama tempat ni..hehe sory...air terjun ni salah satu tempat rekreasi for mandi-manda yang sempat kitorg pergi masa melawat g Kelantan...walaupun semasa dalam perjalanan ke tempat ni banyak sangat halangan yang menimpa kitorang namun itu tak menghalang kitorang utk pergi ke tempat yang cantik ni...and for that----> thanks for my member's friend yang aq juga tidak ingat namanya..hehe hopefully dapat pg lagi kat cni one day..btw,thanks for my dear friend "aween"..coz bawa kitorg jalan-jalan kat negeri awk..kami sangat berterima kasih...tu ja la nak cerita sal tempat ni...in another page t merapu benda lain plak k...jangan bosan dengan celoteh saya ok...daaaa~!
~MIZZVINA~
Saturday, 26 May 2012
KENANGAN...
Kenangan...
setiap kata yang terkeluar dari mulut pasti jadi kenangan buat kita apa lagi yang keluar itu hadir dari hati yang ikhlas.. tanpa kenangan hidup tiada irama dan tanpa kenangan hidup tidak punya cerita..bukan cuma dari mulut, dari pergerakan juga selalu menjadi kenangan yang di simpan erat dalam hidup...kenangan terbahagi kepada dua ;kenangan pahit dan juga kenagan manis...kenangan manis selalunya kenangan yang kalau boleh mahu di simpan hingga ke akhirnya namun kenangan pahit sebolehnya dibuang sejauh mungkin dari hidup kita..
kenangan...
boleh dijadikan pengalaman meneruskan hidup yang masih panjang dan banyak dugaan.. kenangan juga boleh dijadikan tauladan dan pengajaran buat melalui jalan yng penuh onak berduri..kadang-kadang kenangan itu juga yang menemani kita saat kita keseorangan...dan kadang-kadang kenangan itu juga yang buat kita tersenyum saat kita bersedih..sedikit pun kenangan yang terukir kalau ia cukup membahagiakan pasti memberi seribu makna dalam kehidupan kita..secubit pun kenangan yang terpahat kalau ia cukup melukakan pasti memberi kesan parut yang sangat dalam...
orang selalu cakap akan melupakan kenangan yang dia lalui tp sejujurnya pasti sukar untuk melupakan dan pasti akan meninggalkan kesan walaupun cuma sedikit...kenangan kadang-kadang membuat kita merasa menyesal dan mengharapkan andai saja waktu boleh berputar kembali..setiap yang salah diperbetulkan..dan setiap yang manis di lalui buat selamanya...namun, kita cuma insan biasa yang pasti akan melalui waktu dengan cara-cara yang berbeza...simpan kenangan dan abadikan dengan sebaiknya...jadikn pengajaran dan pengalaman buat meneruskan hidup ini...bagi yang manis,mungkin akan jumpa yang lebih manis dan bagi yang pahit tidak selamanya akan pahit..think positive...
~MIZZVINA~
Thursday, 17 May 2012
maaf...
maaf...
satu kata yang pendek tapi tak tau kenapa sangat sukar untuk diungkapkan,
tidak semua makhluk Tuhan yang di anugerahkan suara yang sama mampu mengucapkan itu,
bak racun yang ditelan yang membawa kepada maut,
namun sebenarnya penawar yang mampu memberi senyuman kepada insan lain...
MIZZ VINA
Sunday, 13 May 2012
hati...
hati...
sakit mana pun kamu,
terluka mana pun kamu,
menangis apa pun kamu,
bersabarlah...
hati...
senyumlah sayang,
kuatkan jiwamu,
tenteramkan dirimu,
agar kau tak lemah di hadapan siapa pun..
hati...
hati itu bukan untuk mu,
terimalah dengan rela,
senyumlah pada takdirmu,
kerna itu pilihanmu..
~MIZZVINA~
sakit mana pun kamu,
terluka mana pun kamu,
menangis apa pun kamu,
bersabarlah...
hati...
senyumlah sayang,
kuatkan jiwamu,
tenteramkan dirimu,
agar kau tak lemah di hadapan siapa pun..
hati...
hati itu bukan untuk mu,
terimalah dengan rela,
senyumlah pada takdirmu,
kerna itu pilihanmu..
~MIZZVINA~
Friday, 4 May 2012
PiZZa & pAsTa....
spaghetti carbona |
you know this???hehehe yup....that right..pasta...pasta yg aq dan kawan-kawan aq try masa kat Kelantan..n nama pasta ni...SPAGHETTI CARBONARA...huhu berbelit sebut tp nak wat cam na kn...da nama dia..hehehe rasa dia x tau la nak cakap mcm mn sbb msa aq mkn tu mcm pahit2 skit...x pun sbb aq mkn pizza jgk..ntah..btw,still ble masuk tekak walaupun selera nya berbeza..huhu maklum la...tekak org melayu..hahaha
jus guava...RM4 |
cerita sal minuman...huhuhu kitorang order JUICE GUAVA...walaaahh..huhuhu memg terasa sgt guavanya...hehehe klu x percaya meh g try..hehehe
hawaian pizza from Itali..huhu |
atas ni plak menu kami yg seterusnya..hehehe HAWAIAN PIZZA...huhuhu rotinya agak crispy tp "lebaq"..hehehe ble tahan la...sush nak gmbrkn rasanya...klu nak tau ajom ramai2 p Kelantan...hehehehe
juz tinggal ni jew...huhu |
alhamdulillah..kenyang lg hamba-MU..hehehe bila da melantak semua makanan tinggal pinggan jew la..hehehe amik gambr skit buat kenangan..tiada sebarang kesan di tinggalkan..hahahah
comey x???hehe |
tempat tissu dia pun kitorg amik gmbr skit...hehehe comel kn..hehehe dah x da keja dah..perut dah kenyang hati pun senang..hehehe seblum bla,kitorg sempat amik tempat membakar pizza dia..sgt unik..meh tgkkk....
pembakar pizza... |
huhuhuhu...aq terlupa nama kedai ni jd aq x dapat la nak mantion kat mana...yg pasti di Kelantan... salah sebuah kedai yg kami ukir kenangan selama berada di Kelantan...o ya,,,tukang masak dia kat kedai ni org putih..n mgkin dr di Itali..heheh im not sure...just guess..hehehe jus a small shop but nice...=)
~MIZZVINA~
Thursday, 26 April 2012
setia..
apa erti setia...?
mengunci hati tanpa menduakan cinta..
sedikit pun rasa di hati buat insan lain akan menghukum diri,
dan di cop mengkhianati cinta..
cinta...
apa maksud cinta..?
mengukir nama insan di dalam hati dengan setulusnya,
walau apa pun kelemahan dia pasti di terima apa adanya.
sayang,
definisinya selalu di sama ertikan dengan cinta,
tapi tidak semua mengerti sayang tidak semestinya wujudnya cinta,
di sebalik cinta pasti ada sayang namun di sebalik sayang tidak semestinya adanya cinta...
~MIZZ VINA~
Monday, 23 April 2012
HAMALET
hamalet sardin |
yummy....one of delicious dessert that i have try at Kelantan...huhu walaupun simple tapi rasanya berbaloi-baloi...hehehe macam burger tapi bukan burger..nama makanan ni hamalet..di tempat makan yang aku dan kawan-kawan aku pergi ni dikenali dengan nama GERAI CHE MUD KADOK...terletak di tepi jalan ja...kami tak plan pun nak pergi ke gerai tu..cuma masa tu kami dalam perjalanan ke destinasi lain..dengan tekak yang memang perlukan pelincir..kami pun singgahlah di gerai tu..cuma sebuah gerai kedai kopi...tapi punya menu yang ala-ala western food lebih kurang..hehehe hamalet...kami ternampak menu ni di dinding gerai tu..jadi kami pun tergerak hatilah nak order sebab nak rasa..kami order hamalet kaya dan hamalet sardin...plus jus buah setiap seorang..berbanding dua jenis hamalet tu..aq lebih suka dengan hamalet sardin tapi malangnya aq da terorder hamalet kaya...so, kena la jugak telan kan..hehehe tak boleh membazir..huhu beberapa minit kami tunggu order kami pun sampai..jus buah dia memag power sebab ais dan buah dikisar sekali...menambahkan rasa dan menghilangkan haus pada tekak..huhu jadi tak salahlah tempat kami singgah kan..hehehe
~MIZZVINA~
Thursday, 12 April 2012
Trip to Langkawi..
Assalamualaikum...
Langkawi...x sah duk Kedah klu x jejak kaki kat Langkawi...
eventhough aq N mereka amik masa yang lama rancg utk pg...
akhirnya kami dpt jgk pergi..
kitorg juz amik masa 2 jam lebih jalan2 kat Pulau Langkawi tu..huhu
Langkawi..terkenal dgn choclate nya..huhu
N kami insan biasa ni x lepaskan peluang utk shopping choclate..hee
kitorg borrong coklat mcm x penah tgk coklat..ahaaha
tp x pa la sbb bkn selalu kn..huhu
ayat x ble bla..heee
ok..x nak crita byk2 g...nak bg tgk gmbr kenangan dr kami wat semua..huhu
menuju ke Langkawi...dr jeti Kuala Perlis... |
saat menunggu ferry.... |
dr dalam ferry...peace..~!! |
lagi....... |
lambang P.Langkawi...(helang) |
dr sudut lain... |
suasana matahari terbenam otw pulang... |
Ferry terakhir...kami naiki tepat pukul 7.00 pm ke Kuala Perlis..x puas tp hati senang..dgn beg plastik penuh d tangan...buah tgn dr Langkawi...huhu satu hari kami akan jejak kaki lg ke Lnagkawi klu di izinkan Allah...Amin... |
Saturday, 31 March 2012
PADANG BESAR...
Assalamualaikum...& salam sejahtera...
Kali ni aq nak cerita sal trip aq dan member aq g Padang Besar kat Perlis..huhu
Salah satu destinasi yg da berkurun menjadi list perjalanan kami di U ni..
N akhirnya tercapai jgk even termakbul ketika kitrang Semester 4 da..huhu
Klu nak fikir-fikir...malu jgk sbb da nak dekat 2 tahun hidup di Sintok tp bru skang dapt jejak kaki g Padang Besar...
selama ni juz dgr ja org ckp tentang P.B ni..
harga murah la..akan rambang mata la..huhu
macam2 dgr sampai telinga da naik bosan sbb dpt dgr ja certa dr kwn2 yg da pg...
At last, dgn kudrat kitrg akhirnya sampai r kat P.B..hahaha
N rasa sendiri apa yg selalu kitrng dgr tu btl ke x..huhu
by the way,,,btl jgk dlm teori,yg semua citarasa manusia berbeza2...
huhu mgkin pendapat org lain n mgkin pendapat kami pula berbeza...
P.B x sprt yg d gambrkn..hahaha tp bersyukur sbb d beri peluang jejak kaki sendiri kat P.B...
klu org tanya da pg ke blm x r jgk malu kata belum penah pg kn..hahaha
kat bawah ni aq serta kan beberpa lmpirn pic wat tatapn n dpt kn gmbran skit tntg P.B....=)
otw ke Padang Besar... |
dpt nikmati ciptaan Tuhan yg indah dalam perjalanan ni.... |
kwasan yg lapang d sepnjang perjlnan.. |
dapt tgk ladang tebu...tempt pemprosesan gula di Malaysia... |
da nampak da sign board P.B...huhu |
ini la dia dalam Padang Besar..taraa~!!!huhu |
Bila kitrg da bis membeli belah n menjelajah Padang yang besar ni..huhu kitorang pun gerak naik keta menuju ke plan seterusnya...STEAMBOAT kat Kangar,Perlis...huhu boleh la tgk2 gmbr kat bawah ni yeee.....=)
acuan for steamboat kali ni..huhu |
Warning~!!! |
mee & bihun serta sayur.... |
salah satu hidngan yg da amik... |
ayam n daging blackpapper...yummy~!! |
start melantak~!!huhu |
before balik U, kitrg singgah kat tepi pndai...teng kn fikiran kejap before hadap assignment yg berlmbak..huhu ye la tu...hahaha thats it for today k...next time aq ada certa plak nak kongsi...nant aq certa k...so,continue to reading my blog k..hehehe mcm ja ramai baca..heee persan erk..huhu anyway for thus who read my blog thanks again..juz nak kongsi pengalaman N cerita..heee Daaaaa~~!!!!
Friday, 2 March 2012
steamboat marieee...
nothing much happiness think than eating..huhu semalam aq dan member-member aq pg habiskan masa keluar n you know wat..?? dgn x di rancang kami pun pg mkn steamboat..huhu bukan main kenyang perut mcm nak meletup makan banyak sgt..hee harga pun berpatutan..RM 60 for 4 person..ok la tu kan..hehe di bawah ni aq sertakan beberapa picturezz wat tatapan skit...hee
saat menunggu ketibaan makanan untuk di telan..huhu |
antara hidangan steamboat tu... |
2 pinggan lauk kat atas ni... |
n..ni la jdinya bila da semua isi kat perut..hohoho |
next time kitorg plan nak try BBQ Grill dia plak..huhu nak join x??klu nak meh dtg Changloon..hee
thats it for today... =)
-MIZZ VINA-
Friday, 24 February 2012
LOVING IS CARING
lumrah bagi seorang manusia dengan perasaan cinta...cinta ni ada banyak.. and kali ni aq nak cerita skit tentang "cinta umi"..selama ni aq x bercadang nak masukkan entry aq sal cinta2 ni..but why not sometimes i make it more interesting..4 me to read and also for others..jd x la bosan sgtkn baca blog aq..hehehe
berbalik kepada cinta..
'umi' yg suatu ketika dulu aq benci sangat dengan perkataan ni..
bukan sebab aq x suka dengan perkataan 2 tp aq mcm meluat maw dengar apatah lg dr 'abah'..
ops...sebelum tu..aq nak perbetulkan sedikit..
'umi' kat cni bukan bermaksud ibu @ mak @ mama @ wanita yang melahirkan aq..
tp gelaran 'abah' wat aq...
and 'abah' plak...
gelaran aq wat dia..
seh..sweet ke??? huhu apa je la...hehe
KENAPA AQ BENCI??
sal pa aq x suka gelaran tu?
sbb dia selalu gunakan gelaran tu tuk X-makwe dia..
erm..jeles la katakan..hahaha
ntah pa2 je la...
sapa x syg cinta ooiii...hahaha
jiwang nak mampus...
KENAPA AQ TERIMA??
and sampai skang aq still guna gelaran tu..
and menjadi kebiasaan wat kami..
ble plak aq terima kn??
sbb aq belajar untuk terima...
tp kdg2 aq menyampah jgk..hahaha
sampai skang 'umi' and 'abah' melekat..
bukan saja kami tp kawan2 pun ramai yg gelar kitorg mcm tu je...
honestly,,now im happy when they call me 'UMI'..
~MIZZ VINA~
Thursday, 23 February 2012
Coretan pertama q d semester baru...
assalamualaikum..
lama sangat2 tak update blog ni..
tersangat banyak sebab dan halangan untuk aq mencoretkan kata2 d cni..
ceh..hehe
u know what~~~????
skang aq da SEMESTER 4..huhu
x sedar aq da setahun lebih d cni..
d negeri orang..
semata2 melanjutkan pelajaran..
semester tiga aq tinggalkan dengan kenangan tersendiri..
semester baru aq mulakan dengan mengukir kenangan baru..
erm...anyway...apa2 pun yg bru perlu lebih baik dr yg lama...
and i know...diz semester must be very2 busy...huhu
tp mungkin satu cabaran baru wat aq as a student..
yg penting wat yg terbaik dan sehabis baik..ok~~!
thats it for diz section..huhu
byk sebenarnya aq nak cerita..
apa lg aq bru habis cuti semester...
n aq balik kampung aq..home sweet home..mesti la banyak benda aq nak cerita..
tp aq x taw nak mula dari mana..hehe
x pa2..aq try susun ayat dulu...
bru post noo..hehehe
TRY THIS~!!!
how many dot here?? |
Tuesday, 17 January 2012
syurga seorang isteri di mana??
ari ni aq nak merepek sal.....
erm...x da topik untuk ini..saja maw merepek n ulas beberapa perkara..
nothing special about life without challanging...
aq taw itu..dan aq sedar kehidupan ni penuh dgn dugaan..
n aq sedar ketentuan takdir Illahi..
mungkin sebb aq sedih..
aq terkilan dengan kejadian yang menimpa..
mula2 aq mcm sush maw percya..
aq sush maw terima...
even tidak berlaku pd diri q tp aq turut merasa tempiasnya..
aq akui semua tu bukan hanya datang dari dia..
tp juga sebelah pihak..
klu kedua2 dpt berfikir dengan baik n waras..
kejadian mcm ni x kn berlaku..
aq kesian pd mereka...
yg tidak bersalah..
aq sedih..mereka belum tahu apa2..
klu dia benar2 cinta..kenapa begitu mudh beri kasih syg dgn org lain..
walau baru sekejap berpisah..
sedih..aq taw aq tiada hak buat itu..
aq cuma kasihan dengan mereka..
aq sangat sedih..
tidak kah dia tahu..
setinggi mana pun kedudukannya di atas muka bumi ini..
syurganya tetap di bawah tapak kaki suaminya..
seburuk mna pun sikap suaminya..
sehina mana pun suaminya..
seharusnya dia tahu dan terima semuanya sebelum dia dinikahi..
bukan setelah bertahun hidup bersama baru membuka pekung di dada..
mengaibkan sesama sendiri..
hingga lupa pernah bahagia dahulu bersama..
harapan q..
agar pintu hati kedua belah pihak akan kembali terbuka..untuk membina semula masjid yg telah runtuh..
aq belum bersuami..aq belum punya anak..
tapi aq juga manusia dan seorang wanita..
~MIZZVINA~
Friday, 13 January 2012
MEMBERS OF RUNNING MAN
MEMBERS OF RUNNING MAN
Yu Jae Suk (grasshopper)
suka bangkit pagi paling terawal
Kim Jong Kook(commander/Sparta)
suara umpama nyamuk
Song Ji Hyo(Monday Couple)
gadis cerdas N cerdik
Gary (Monday Couple)
muka memainkan peranan penting
Haha
budak kecil berusia 33 tahun
Ji Suk Jin
selalu dianggap lemah
Lee Kwang Soo
orang pertama selalu disingkirkan
~MIZZVINA~
Subscribe to:
Posts (Atom)