Ya Allah..bertuahnya dia...Kau kurniakn segalanya yang semua wanita idam-idamkan buat dirinya...Kau kurniakan dia dengan wajah yang cantik...Kau kurniakan dia dengan kebijaksanaan sehingga dia mampu mencapai ke menara gading dan berjaya menjejakkan kaki ke negara orang buat menuntut ilmu...Kau kurniakan dia keimanan yang tak semua orang miliki...Kau kurniakan dia dengan suami yang baik dan berjaya...beruntungnya dia...pastinya ramai wanita dalam dunia ini cemburukn dia termasuklah aku...sangat cemburu... tapi cemburu ke arah kebaikan yang menjadi pendorong dan semangat untuk menjadi sepertinya walaupun aku tahu aku tak layak... erm...
dia diuji oleh-Mu dengan kebahagiaan..
tak semua orang mampu lalui..beruntungnya dia...setiap makhluk Tuhan di dunia ini diuji dengan pelbagai bentuk ujian dan sejauh mana kita mampu lalui? tepuk dada tanya iman.. namun, aku cemburu dengannya bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan untukku..
Alhamdulillah...
aku bersyukur kerana aku mungkin lebih baik dari orang lain...muhasabah buat diriku...menyedarkan aku yang aku sangat beruntung...cuma untuk meningkatkan diri aku melihat yang lebih baik dariku...mungkin dia memang layak buat itu...aku?? hanya mampu berdoa agar mendapat yang terbaik buat diriku kerana aku sangat yakin Allah pasti memberikan yang terbaik buatku..aamiin...
~MIZZVINA~