WELCOME

Tuesday, 24 September 2013

Hari ni sudah 2 bulan 8 hari aq "belajar" duduk di alam pekerjaan..huhu banyak benda aq belajar n amik jadi pengalaman aq sepanjang tempoh tu...its a good thing for me as a praktikal student..tp seriously for those who want to start their life in this "world", i advise u, u n u...plz prepare yourself eithr inside or outside of ur body..huhu apa aq merepek ni??hehe tp serius ckp duk dalam alam keje ni memg kene sentiasa bersedia..apa lg just pelajar praktikal je..hehe tp think positive guys, one day we must "enter" this world either we like it o not..hehe so, dari sudut ni jgk la kt belajar untuk mematangkan diri kita..bcoz kita akan jumpa macam2 jenis org kat "dunia" tu..kdg2 yang kita x sangka wujud kat dunia ni pun kt ada kat dalam "dunia" tu..its funny but its reality that we have to face it one day...sebenarnya byk benda aq nak share tp aq mcm mls nak taip..huhu its ok..aq rasa da cukup da kot..nanti rajin2 aq share lg ok...assalamualaikum..


Monday, 10 June 2013

keunikanmu

Hati,

kau tahu? kau sangat unik,
kau sering dikhianati,
kau sering dilukai,
dan kau sering disakiti,
Namun kau masih mampu tersenyum.

Hati,
Hanya kau yang tahu betapa teruknya keadaanmu,
Hanya kau yang tahu betapa terseksanya dirimu,
Hanya kau yang sedar bila kau menangis,
Namun kau masih mampu membuat orang lain bahagia.

Hati,
Kenapa kau tidak bisa meluahkn kata,
yang kau tersakiti, yang kau sudah hampir tidak bernyawa lagi,
Kenapa kau masih kaku dan diam membisu,
Membiarkan waktu membawa ia pergi.

Kau membiarkan dirimu dilukai,
Walau kau tahu hakikat hakiki,
tapi kau masih mampu berharap dan menanti,
Kebahagiaan dan cahaya sinar yang dinanti,
Akan menjadi milikmu,

Inn Sha Allah...

Tuesday, 28 May 2013

kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat diluah dengan kata-kata.. dan kadang-kadang ada hal yang sukar untuk digambarkan dengan perbuatan..namun, kenapa hidup ini selalu ingin dimengerti walaupun pada hakikatnya mungkin tidak ada yang peduli..sedikit demi sedikit air mata menemani hari yang ingin minta di temani..sedikit demi sedikit perasaan diluahkan dengan keadaan yang tiada siapa mengerti..kerana itu ada individu di luar sana yang selalu ketawa sambil menangis di dalam hati..ada insan di luar sana yang memanggil-manggil namun tiada siapa yang mendengar..dan ada makhluk Tuhan yang mengiktiraf dunia terlalu kejam untuk di diami... masing-masing dengan pandangan dan pendapat sendiri..sampai ada yang langsung tidak mahu mendengar pandangan dari orang lain..bukan semua perkara bisa di laungkan kepada dunia..dan bukan semua orang boleh faham apa yang cuba kau sampaikan..belajar untuk berdiri di tempat dia..belajar untuk memahami siapa dia dan belajar untuk menangis bersamanya.. (^_^)