WELCOME

Tuesday, 28 May 2013

kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat diluah dengan kata-kata.. dan kadang-kadang ada hal yang sukar untuk digambarkan dengan perbuatan..namun, kenapa hidup ini selalu ingin dimengerti walaupun pada hakikatnya mungkin tidak ada yang peduli..sedikit demi sedikit air mata menemani hari yang ingin minta di temani..sedikit demi sedikit perasaan diluahkan dengan keadaan yang tiada siapa mengerti..kerana itu ada individu di luar sana yang selalu ketawa sambil menangis di dalam hati..ada insan di luar sana yang memanggil-manggil namun tiada siapa yang mendengar..dan ada makhluk Tuhan yang mengiktiraf dunia terlalu kejam untuk di diami... masing-masing dengan pandangan dan pendapat sendiri..sampai ada yang langsung tidak mahu mendengar pandangan dari orang lain..bukan semua perkara bisa di laungkan kepada dunia..dan bukan semua orang boleh faham apa yang cuba kau sampaikan..belajar untuk berdiri di tempat dia..belajar untuk memahami siapa dia dan belajar untuk menangis bersamanya.. (^_^)

No comments:

Post a Comment